Forever Young

Rasa sayang hey rasa sayang sayang hey :D
Wednesday, 25 July 2012 ? 0 Atashinchi ?




                                                  Assalamualaikum :D







Berkongsi segalanya dengan awak itu jadi suatu kewajipan untuk saya. Saya mahu jadi yang terbaik untuk awak. Paling terbaik. Saya mahu sentiasa pastikan awak selalu dalam keadaan yang baik baik. Saya mahu melayan awak dengan layanan kelas pertama. Saya mahu awak jadi orang yang terakhir dan terawal sehari hari. Saya mahu awak tahu, saya tak pernah melupakan awak mahu walaupun sesaat. :)



Walau sesibuk mana sekalipun saya, saya tidak pernah terlintas melupakan awak. Saya tidak pernah pinggirkan awak. Saya bersyukur dengan kehadiran awak.Awak segalanya buat saya biyy . Saya sayang sama awak . Terimakasih atas pertemuan yang singkat itu tadi. Saya happy dengan speed date depan library tadi ;-) . Harapnya kita dapat bertemu lagi di masa hadapan. Berbual bergelak ketawa bersama :-)





Terimakasih juga untuk malam tadi. Awak buat saya ketawa. Ceriakan saya. Buat saya senyum lebar. Buat saya happy. Buat saya rasa dunia ni saya yang punya. Buat saya rasa bahagia even masa tu saya tengah takut :/ Terimakasih biyy. Awak buat saya lupa tentang benda yang paling saya takutkan :)  Dah lama rasanya tak rasa disayang, ditatang sebegitu rupa. Awak buat lidah saya kelu sekelu kelunya. Perasaan terlalu gembira yang tak boleh diungkapkan dengan perkataan.


Saya terasa macam bidadari syurga. Saya terasa macam puteri raja. Saya terasa macam penghuni syurga. Kita berbual. Kita bergurau. Kita bermanja. Kita bercakap. Kita membayangkan. Kita bergelak ketawa. Kita bergembira. Kita mengadu. Kita bermanja. Segalanya kita. Terimakasih untuk segala- galanya . Terutamanya perhatiann dan kasih sayang awak, biyy :') . Saya bahagia. Terlalu bahagia. Saya orang paling bahagia dalam dunia. Sayang awak xoxo :*








Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post


// Thousands Year-Christina Perri